Monday, December 15, 2008

United Tiba di Tokyo

.
TOKYO - Alex Ferguson menghadapi tekanan berganda apabila kelab bimbingannya, Manchester United tiba di sini, semalam untuk beraksi dalam Piala Kelab Dunia.
Selepas menyaksikan pasukannya hanya mampu seri 0-0 dengan Tottenham Hotspur sekali gus terlepas peluang merapatkan kedudukan mata dengan pendahulu liga perdana England, Liverpool, pengurus United itu kini berdepan satu lagi tugas berat.


tumpuan... bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo melayan peminat-peminatnya sebaik tiba bersama rakan sepasukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo, semalam. United akan menyertai saingan Piala Kelab Dunia yang sedang berlangsung. - AFP

Berbekalkan reputasi tinggi, United diletakkan harapan besar untuk menjadi kelab England pertama menjuarai Piala Kelab Dunia kali ini - satu-satunya trofi yang belum pernah dimenangi Ferguson.

Namun, dalam waktu sama, United perlu memastikan keghairahan muncul juara kelab dunia tidak menjejaskan kempen liga perdana.United bakal kekurangan dua permainan berbanding Liverpool dan Chelsea sekembalinya daripada Piala Kelab Dunia ini nanti.Ini membuatkan Ferguson percaya kehadiran pasukannya berbaloi untuk memburu kejuaraan sulung Piala Kelab Dunia.

Berdasarkan rekod, United pernah layak beraksi pada pertandingan ini selepas muncul juara Liga Juara Juara Eropah 1999.Namun, pada aksi tahun 2000 di Brazil itu, United terkandas di peringkat awal lagi selepas tumpas 1-3 kepada Vasco Da Gama dari Brazil dan seri dengan Royal del Necaxa dari Mexico.

"Kali ini pertandingan lebih sukar berbanding pada tahun 2000 itu. Harap kami dapat mengatasinya."Apa yang penting, ia bagus untuk pemain saya dapat bersama dalam pertandingan sepenting ini kerana belum ada kelab England memenanginya dan ia satu cabaran buat kami," katanya.



Menurut Ferguson, merangkul trofi kejuaraan Piala Kelab Dunia satu keperluan buat United dan rekod pencapaian sepanjang zamannya.United sebagai pasukan pilihan terus layak ke separuh akhir dan dijadual bertemu juara kelab Asia, Gamba Osaka, Khamis ini.

"Saya tidak tahu banyak tentang Gamba tetapi mengikuti perkembangan bola sepak Jepun yang semakin maju sejak sedekad lalu," ujarnya.Satu lagi separuh akhir mempertemukan kelab Liga de Quito dari Ecuador dan Pachuca dari Mexico, esok.

.

No comments:

Post a Comment