Monday, December 15, 2008

Piala Dunia 2010 kekal di Afrika Selatan

.

TOKYO - Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, semalam menegaskan bahawa tidak mungkin Piala Dunia 2010 dipindahkan dari Afrika Selatan dan menyifatkan sebarang Pelan B (perubahan) kini lenyap dan berkubur.
Khabar angin meletus bahawa kejohanan itu akan dikeluarkan dari Afrika Selatan jika ia gagal menepati tarikh akhir penganjuran selepas Blatter mengakui awal tahun ini bahawa FIFA mempunyai pelan persediaan.

Namun, dia kembali menjamin setiap orang yang terlibat bahawa Afrika Selatan akan menganjurkan kejohanan itu yang disifatkannya sebagai 'bayi saya'.
"Pastinya tiada pelan B atau C. Satu-satunya pelan ialah menjadikan kejohanan di Afrika Selatan itu satu kejayaan.
.

"Jika masih ada yang meragui, biar saya katakan bahawa Piala Dunia 2010 akan dianjurkan di Afrika Selatan," katanya pada satu sidang akhbar di sini di samping Danny Jordaan, pemimpin jawatankuasa penganjur 2010.

Afrika Selatan bakal muncul negara Afrika Selatan yang menganjurkan kejohanan empat tahun sekali itu dengan FIFA kini yakin bahawa kesemua kemudahan yang diperlukan itu bakal disediakan tepat masanya.

Kebimbangan wujud bahawa 10 stadium Piala Dunia - lima baru, lima dinaik taraf, tidak akan disiapkan manakala kadar jenayah negara itu di mana 50 pembunuhan berlaku setiap hari, turut membimbangkan.



Namun, kesemua isu itu telah ditangani katanya yang menambah bahawa ia akan memenuhi satu cita-cita seumur hidupnya untuk menyaksikan kejohanan itu diadakan di Afrika.
"Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia dan pada 2010, Afrika akan menunjukkan kemampuan untuk menganjurkan sebuah Piala Dunia," katanya.
"Saya bakal berbangga kerana ia bayi saya," katanya.

Piala Gabungan pada Jun tahun depan bakal menjadi ujian utama bagi sejauh mana persediaan Piala Dunia Afrika Selatan.


.

No comments:

Post a Comment